Iman menjadi penyatu dua hati; jika iman berbicara, sikap ditunjukkan seseorang kepada saudaranya benar-benar bersih daripada kepentingan dunia. Dia berdiri sebagai pendamping yang jujur dalam menyatakan pandangannya, tidak ada apa yang ditutupi, yang pahit sama ditelan yang manis sama dirasa.
Dialah penasihat paling ikhlas demi kebaikan saudaranya, dia mewarnai pemikiran dan perasaan, pandangan dan sikap saudaranya dengan nilai agama yang membawa suasana harmoni di antara dua hati. Matlamat mereka bertemu dan bersahabat ialah kerana Allah SWT, agenda mereka rancang bersama ialah demi cita-cita akhirat. Tidak sesekali mereka biarkan dunia menghancurkan persahabatan itu.
Jika kita memandang ke wajah seseorang diberkati Allah SWT, seolah-olah memancar cahaya keimanan yang menembusi hati kita, aura iman itu mengajak kepada kebaikan dan mengingatkan kita kepada kelemahan diri.
Tetapi kadang-kadang kita menemukan seseorang yang membawa aura jahat daripada kalbunya sehingga pantulannya mempengaruhi pemikiran, sikap dan matlamat kita. Bukan senang menemukan seseorang yang benar-benar ikhlas mahu bersahabat kerana Allah SWT semata, mungkin disebabkan kesenangan dunia telah menguasai hatinya; atau dia mempunyai agenda untuk kepentingan dirinya sendiri; ataupun mungkin diri kita sendiri yang belum lagi baik maka susah sungguh menemukan seseorang yang benar-benar baik untuk dijadikan sahabat sejati.
- Dr Juanda Jaya
Filed under: Iktibar
Salam,aunty..
Yea..agree at all..dan teringat ada satu quote ni..
‘teman yang paling baik adalah apabila kamu melìhat wajahnya,kamu teringat akan Allah swt,mendengar kata-katanya menambah ilmu agama mengikat hati pada-Nya, dan tatkala melihat gerak-gerinya sudah mampu membuatkan dirimu teringat akan mati..’
Hurm….
Salam hajar,
First of all, thanks for visiting. Sori lama benar tak tgk blog sendiri. Asyik kat facebook je…hehehe
Memang benar hajar, aunty pernah dengar apa yg hajar katakan tu di Bicara Mufti yg disampaikan oleh Ustaz Zamri Hashim (klu tak silap dr Jabatan Agama Perak). Beliau memberi contoh ttg shbt yg baik ini spt ini: “Ada sesetengah sahabat ni bila kita pandang je wajah dia, kita akan teringat kita belum solat lagi.” Lebih kurang camtu lah. Alangkah bertuah jika kita dapat teman/shbt yg seperti itu kan hajar?
Most welcome aunty!
Love to read everything yang aunty share kt blog ni..
Yup..bertuah sungguh bg sesiapa yg mampu memilikinya..Allah~